Formula Duit Keras

Tuesday 10 July 2012

Cara-Cara Memilih Seluar Dalam Yang Selesa

Salam semuanya .....!!!

Siapa dah shopping panties atau seluar dalam dalam blog aku hah????....belum lagi...dah....tengah pilih.....!!!!..mmmm...semua jawapan tu aku pun tak tau....hehehehe. So, nak tanya lagi nie....siapa yang pakai seluar dalam tiap kali beli asyik ketat je..asyik xselesa je....rasa rugi je beli....seluar asyik berlipat je kat pinggang, seluar menggigit je...sakit lor...????...takpun....adoiii..pasal terlondeh le pulak....!!!..ler....pakai skirt ketat nampak lak garisan panties nie???....last.....seluar dalam aku dah lusuh....nak beli baru le!!..bab nie aku suka dgr..jom shopping je kat cnie...byk pilihan...murah lak tu.....!!!

Sini aku nak kongsi masalah seluar dalam dan cara mengatasinya dgn kawan semua:-

1. Apakah cara yang betul ketika dalam menggenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakainya?.
    Sarung seluar dalam dan tarik ke atas sehingga ke posisi yang selesa.
    Pastikan bahagian belakang seluar dalam memenuhi keseluruhan punggung.
    Pastikan pita dibahagian pinggang dan punggung tidak berlipat.

2. Dimanakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
    Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi
    memastikan keselesaan pemakai sepenuhnya.

3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa?
    Anda telah memilih saiz seluar dalam yang salah!
    Pinggang seluar dalam mestilah dalam kedudukan yang tetap dan selesa serta tidak berlipat.
    Anda perlu memilih seluar bersaiz kecil dgn pelbagai rekaan yg menarik disini.

4.  Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung?
     Anda telah memakai seluar dalam yang terlalu kecil, periksa samada bukaan seluar dalam berkedudukan
     yang sama dari sisi ke sisi. Jenis fabrik seluar dalam hendaklah dari bahan memeri atau berelastik.
     Jika perkara diatas sudi diikuti dan masih alami masalah yg sama, anda perlu memilih seluar berpotongan
     tinggi.

5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh?
    Ini kerana hilang keanjalan getah pinggang seluar dalam tersebut.
    Seluar dalam yang muat selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua punggung.
    Ganti seluar dalam jika seluar tersebut londeh disebabkan seluar dalam itu lusuh.

6. Apakah yang mesti dilakukan untuk menggelak garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
    Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short).
    Kedua-duanya memberi keselesaan sama seperti seluar dalam biasa malah ia mampu mengelakkan
    kesan seluar dalam jika menggenakan pakaian ketat.
   
7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
    Fabrik dari kain kapas adalah yang paling baik dan amat selesa dipakai. Fabrik lycra spandex
    dan nylon spandex memberi kebebesan dan regangan bebas dari kemasan utk tubuh.
    Penting sekali anda perlu memilih seluar dalam yg panel bawah dilapik dari kain kapas
    bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.
 
8.  Bila seluar dalam perlu ditukar?
     Lipatan pada kaki dan pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh
     jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu.
     Tukarlah dgn seluar baru disini..comelladyshop..kami ada banyak jenis seluar utk dipilih.

9.  Bagaimana menjaga seluar dalam?
     Periksa label peraturan mencuci yang disediakan.
     Jika mencuci dgn mesin, gunalah uncang khas utk seluar dalam.
     Keringkan ditempat redup dan berangin.
     Panas terik boleh menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
      Dapatkan tali pengukur dan sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi
      dibahagian pinggul (10inchi bawah pinggang)

   
 


No comments:

Post a Comment